Loading...

PEMENTASAN TERATER "AKTA BATIN"

PEMENTASAN TERATER "AKTA BATIN"
Arahan : A.KARIM KADIR

"AKTA BATIN'

Datuk Musbah Jamli Tetamu Kehormat
Teater ’Akta Batin’

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Musbah Jamli merupakan tetamu kehormat semasa pementasan teater berjudul ’Akta Batin’ yang bermula pada jam 8.00 malam bertempat di Dewan Serbaguna Rasa Sayang, Kota Belud.

Jurucakap penerbitnya, Zainorain Makbul berkata acara telah dimulakan dengan pembacaan puisi oleh aktivis teater Sabah, Nandra Hitong dan Salamat Omar dan tidak ketinggalan Juara deklamasi puisi kebangsaan Dulamid Rudin.

”Ketiga-tiga pelakon ’Akta Batin’ iaitu A.Karim Kadir, Stella James dan Datu Roslan Sulai telah bertungkus lumus untuk menyampaikan mesej kepada penonton yang telah menyaksikan pementasan teater ini.

’Akta Batin’ merupakan karya puisi Norawi Hj kata yang diskripkan oleh A.Karim Kadir. Menurut Norawi, beliau bangga kerana Karim dapat mengangkat pusinya dalam bentuk persembahan yang jarang dilakukan oleh penulis dan aktivis teater yang lain.

”Akta Batin adalah pergolakan jiwa penyair dan mungkin ianya bisa berlaku kepada orang lain dan saya bersyukur kerana Karim dapat menghuraikannya dalam bentuk absurd”,katanya.

Manakala A.Karim Kadir berminat menulis skrip berdasarkan puisi tersebut kerana tertarik dengan perlambangan-perlambangan di dalam diri manusia yang merupakan kerajaan di dalam diri.

”Bukan senang mentadbir diri sendiri apatah lagi yang hendak diarah itu menuntut kekentalan jiwa dan melibatkan dunia batin”,katanya.

Rakaman / Suntingan : IRFAN'S STUDIO

GANDINGAN MANTAP ... Teater " AKTA BATIN"

GANDINGAN MANTAP ... Teater " AKTA BATIN"
A.Karim Kadir ( Lelaki Sepi 1) Stella James (Perempuan Sepi Itu) Datu Ruslan Sulai (Lelaki Sepi 2)

TELEMOVIE

TELEMOVIE
"TERMINAL KASIH" Karya Nandra Hitong , Terbitan: Produksi SABA-F ( PF 14/00013)

"TERMINAL KASIH" Telemovie menggunakan 99% Bahasa Sama yang pertama.

Selepas menyepi dalam bidang teater selama 10 tahun, tiada yang menyangka Nandra Hitong muncul dengan karya terbarunya berjudul "Terminal Kasih" yang merupakan telemovie tempatan dalam bahasa Sama (Bajau) yang pertama dihasilkan dalam negara ini.
Nandra sebagai pengarah dan penulis skrip turut berlakon dengan memegang watak sebagai Pak Iskandar.
"Terminal Kasih" diterbitkan oleh Sabah-F Production yang turut mendapat suntikan semangat daripada Encik Awang Karim Kadir dan Encik Maskuji Moturun di antara aktivis teater kebangsaan yang tersohor di negara ini.
Telemovie ini banyak menyelitkan unsur kebudayaan masyarakat Sama (Bajau) di Kota Belud melalui kisah percintaan yang dilakonkan oleh Adnan (Supian Musa) dan Kintan (Nurul Fadzilah Nordin) yang mendapat pelbagai halangan apabila Kintan ditunangkan dengan Tungkai (Zainorain Makbul).
Turut menjayakan drama ini ialah Lee satun, Rosdi Johari, Rosdi Ali, Hamidon Itoh, Azalinah Azmain. Manakala lagu temanya "Bangau Lemiyang Langa" dinyanyikan oleh Rablin Norbin dan Laugan Iman bertindak sebagai pengarah fotografi dan penyunting.

99% BAHASA SAMA KOTA BELUD

99% BAHASA SAMA KOTA BELUD
Pengarah Fotografi / Penyunting : Laugan Iman

"PAMPLET PERJALANAN PANJANG"

"PAMPLET PERJALANAN PANJANG"
"Pamplet Perjalanan Panjang" Saudara Awang Karim Kadir bakal sampai ke destinasinya apabila album solo beliau kini di pasaran .

PAMPLET PERJALANAN PANJANG - Exprementasi Puisi Etnik Kreatif

Album Versi Karaoke ini memuatkan lagu-lagu karya Encik Awang Karim Kadir disamping mengadaptasi beberapa buah puisi Sasterawan Tanahair. Irfan's Studio turut memberi sumbangan bagi menyokong kemunculan album ini melalui penggambaran klip video dan menyunting teks minus one. Antara lagu yang diselitkan dalam VCD karaoke ini ialah :

1. Sumping (Sampang) Kalasahan
2. Monobayon (Kinabalu o Kinabalu)
3. Pamplet Perjalanan Panjang
4. Aku (Puisi Chairil Anwar)
5. Sepi seorang lelaki
6. Wajah Mu (Puisi Dato A Aziz Deraman)
7. Nyanyian sepasang rama-rama
8. Lagu Dini Hari Kasih
9. Dikau' Pelaanan (Versi Bajau - Bonus track)

Lagu & Lirik : Awang Karim Kadir
Penatara muzik :Mog ( Kidz Muzik Production)
Jurutera bunyi dan rakaman audio : Sh.Kassim Sh.Indun
Penerbit & Penyelaras : Roosli Mokhtar
Membantu suntingan akhir : Laugan Iman (Irfan's Studio)


TEATER " PUTERI SUMPING SELASIH

TEATER " PUTERI SUMPING SELASIH
Anjung Seni - Dewan Bahasa dan Pustaka

Teater " PUTERI SUMPING SELASIH" -

Jamung , Buntis dan Sumbul diperintahkan mencari Tuan Puteri Sumping Selasih yang dimimpikan oleh majikan mereka. Apabila pencarian mereka tidak berhasil, ketiga-tiga orang suruhan ini telah nekad meneruskan pengembaraan mereka dan tidak mahu kembali lagi ke negara asal kerana takut kepada ketua mereka yang kejam dan menggerunkan seluruh lapisan masyarakat itu.

Antara watak yang lerlibat menjayakan pementasan teater ini ialah :
KHAIRIL GEMPITAI (Jamung)
MABULMADDIN HAJI SHAIDDIN (Buntis)
ZAINUDDIN RAHMAN (Sumbul)
NURULFAZILLAH NORDIN (Puteri Sumping Selasih)
STELLA JAMES (Umi)
LANI JEFFRE (Unduh)
MOHD.AFIZUDDIN (Buyut)
VOVOYUSNIZAM (Orang Pulau)
MOHDAFTIROW (Orang pulau)
UJUD HITONG (Orang Pulau)

Karya : Nandrayanatirow
Produksi : Aktivis Alasbana
Rakaman/Editing : Laugan Iman (Irfan's Studio)
Terbitan : Dewan Bahasa dan Pustaka (Sabah)

PELAMIN SAMA

PELAMIN SAMA
Pelamin Sama di Kota Belud masih mengekalkan unsur-unsur kesenian tradisional seperti hiasan-hiasan yang dipanggil 'Sampangan' , 'Lemba' dan 'Tipo Serisir' . Rekabentuknya yang agak ringkas tetapi menarik mampu bersaing dengan pelamin moden.

PAWAI

PAWAI
Pasangan pengantin Sama yang lengkap dengan pakaian tradisional biasanya diapit oleh kanak-kanak yang memakai pakaian tradisional dipanggil 'Pawai'
"ALBUM PERKAHWINAN AMIN AKUL & ISTERI "
(13/12/2009)

Majlis PerkahWinaan Amin Akul dan Isteri turut dimeriahkan oleh Akhli Parlimen Kota Belud/ADUN N.17 Usukan dan Presiden PSS.




aHLI Parlimen Kota Belud/ ADUN N.7 Usukan dan Presiden Persatuan Sama Sabah mengiringi pengantin lelaki (Amin Akul) dengan Kuda Berhias (Pakaian Kuda Sama)




















selamat berbahagia selamanya...

Majlis Perkahwinan-Emas Nikah





Album Perkahwinan-Juliana

Percintaan yang disemai Sejak 2005 akhirnya membawa kedua mempelai ini ke jinjang pelamin pada 29/11/2009
Selamat Pengantin Baru Julianah & Adnan Idris.......